PENGENALAN






PENGENALAN SYARIKAT 

ASKEY ENTERPRISE adalah sebuah syarikat yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 22 September 2006. Syarikat ini telah memulakan operasi perniagaan dalam perkhidmatan penghantaran khususnya penghantaran dokumen di sekitar negeri Perak. 

Sehubungan dengan itu, Syarikat kami telah membuat beberapa penambahan perkhidmatan di dalam perbagai bidang seperti bidang perkhidmatan katering,pembersihan dan pengindahan kawasan. Ini adalah kerana Syarikat kami lebih berpengalaman dalam mentadbir pengurusan pemakanan dan pembersihan kawasan. 

Untuk makluman, Syarikat ini telah beroperasi lebih dari lima tahun dimana perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik oleh kakitangan terlatih serta berpengalaman luas. Sejajar dengan misi dan objektif Syarikat kami yang mengutamakan kualiti terhadap perkhidmatan yang diberikan agar kepuasan pelanggan akan dinikmati. 

Kesinambungan dari itu, Syarikat kami mengorak langkah setapak ke hadapan hasil dari komitmen dan kepercayaan pelanggan sedia ada terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan, Syarikat kami mula berurusan dengan Syarikat Persendirian, Individu serta Jabatan-jabatan Kerajaan. 
Kesimpulannnya, Syarikat telah meletak matlamat agar terus kekal maju dan komited dalam memberi dan menawarkan perkhidmatan yang disediakan agar kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan menjadi tonggak utama Syarikat. 


No comments:

 

Copyright 2013 © Ask 2 Serv. Designed by Ayu Barbydol